Rabu, 15 Jun 2011

kedudukan malaysia. di mata dunia.. em tuk isi karangan ye!!!!!

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah, kedudukan Malaysia di dunia telah masuk dalam senarai 10 negara yang paling kompetitif di dunia selepas krisis kewangan dan krisis ekonomi. Kalau  sebelum ini Malaysia berada dalam kedudukan 18 daripada 58 buah negara di dunia. Sekarang………………….
Dan sekarang ini Malaysia melonjak 8 anak tangga untuk menghuni antara 10 negara paling kompetitif di dunia. Tahniah….Jikalau mahu dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain seperti Belanda, Denmark, Austria mahupun Jerman, Malaysia hanya sebuah negara membangun. Kedudukan bagi negara paling kompetitif di dunia dilihat daripada beberapa faktor termasuklah :
  1. Kemasukan pelaburan luar
  2. Dasar kerajaan yang pragmatik
  3. Risiko ketidakstabilan politik risiko rendah (persekitaran)
  4. Infrastruktur
Kalau sebelum ini Amerika merupakan negara paling kompetitif di dunia. Tetapi tidak untuk sekarang. Amerika telah jatuh ke kedudukan ketiga di dunia. Kedudukan Malaysia di dunia dari segi tahap kompetitif semestinya membantu dalam menarik lebih banyak pelaburan swasta dan FDIS.
Negara-negara Harimau Asia seperti Singapura dan juga Hong Kong telah meruntuhkan tembok dan kekebalan Amerika sebagai sebuah negara paling kompetitif di dunia.
Senarai 10 Negara Paling Kompetitif di Dunia
  1. Singapura
  2. Hong Kong
  3. Amerika Syarikat
  4. Switzerland
  5. Australia
  6. Sweden
  7. Kanada
  8. Taiwan
  9. Norway
  10. Malaysia

Selasa, 14 Jun 2011

ramping vs gempal!!!

Bila melihat tajuknya sahaja dah buat tertarik hati. Maka pastikan terus membaca entri ini sehingga tamat. Kegemukan? Ia pasti merisaukan namun perkara perut buncit atau boroi terasa juga bagai di rundung masalah. Kalau bagi wanita, perkara ini sering berlaku terutama setelah beberapa kali mengalami proses kelahiran. Penjagaan dan pemakanan yang kurang rapi selepas kelahiran, tidak bersenam atau pengabaian terhadap bentuk badan selalu membuat kita rasa putus asa. Maka wujudlah produk2 seperti bengkung ataupun sapuan krim, apatahlagi tablet2 yang menjadi sasaran utama bagi mereka yang ingin kurus dengan pantas. Tetapi bagaimana pula lelaki ??


Bawang putih, kayu manis, cabai dan cengkih mampu membakar tenaga dua kali ganda lebih cepat beberapa jam setelah makan. Pakar pemakanan mendapati bahawa ada beberapa jenis makanan yang perlukan tenaga ekstra untuk dapat dicerna. Ini bermakna, pembakaran kalori sebenarnya tidak berlaku setelah makanan yang kita makan itu sampai di perut sebaliknya sebaik sahaja ketika kita mengunyahnya. Ini bermakna peranan mengunyah makanan itu juga satu gerakerja merampingkan perut secara tidak langsung.

Beberapa ujian telah dilakukan di Jepun dan pakar telah mendapatkan jawapan bahawa perempuan yang memakan makanan jenis2 ini biasanya memiliki ukuran pinggang yang lebih kecil berbanding dengan mereka yang makan makanan dari jenis yang mudah dikunyah. Rahsianya, terletak pada jenis makanan yang kandungannya tinggi dengan serat dan protein. Selain itu juga, ada beberapa jenis bumbu dan zat lain yang ternyata dapat membantu meningkatkan sistem kerja saraf dan metabolisme sehingga 12 peratus.

Melalui buku 'The Active Calorie Diet' yang di tulis oleh Leslie Bonci, RD, ahli nutrisi dari UPMC Center for Sports Medicine di Pittsburgh, beliau telah membahagikan jenis2 makanan kepada beberapa kumpulan iaitu :

1. Chewy foods (daging tanpa lemak, sumber kekacang, buah2an dan sayur2an)
Jenis makanan ini akan membuatkan tubuh badan bekerja secara langsung ketika mengunyah makanan. Pilihan makanan yang utuh seperti daging ikan tuna yang dipanggang mampu membuatkan kunyahan kita lebih berada di tahap maksima. Pastinya kita bekerja lebih keras lagi untuk memastikan makanan benar2 hancur, hadam sebelum di telan dan masuk ke dalam perut.

2. Hearty foods (buah2an, sayur2an, beras merah, gandum dan cereal)
Makanan tersebut mempunyai kandungan serat yang tinggi dan kita lebih kerap mengunyah kerana sifatnya yang berbentuk bijirin. Oleh yang demikian, makanan ini akan membuatkan perut kita merasa kenyang dalam tempoh yang lebih lama.

3. Energizing foods (kopi, teh hitam atau hijau, dark chocolate)
Jenis makanan ini dapat meningkatkan metabolisme dalam badan. Namun awas, kerana kita tidak boleh mencampurnya dengan susu, krim ataupun gula. Teh hijau tidak mengandungi banyak kafein tetapi di dalamnya terdapat katekin. Jenis antioksidan ini boleh meningkatkan metabolisme sehingga 4 peratus. Manakala dark chocolate pula mengandung katekin dan juga bahan kafein. Oleh itu, kita hanya perlu mengambilnya sekitar 28 gm sahaja dalam sehari. Itu sudah cukup memadai.

4. Warming foods (paprika, cabai, kayu manis, bawang putih, halia, cuka, mustard dan cengkih)
Menurut ujiakaji terbaru dari UCLA, kandungan capsaicin dalam cabai boleh membuat tubuh membakar tenaga dua kali ganda lebih cepat sekitar beberapa jam setelah makan. Cabai yang tidak terlalu pedas juga boleh membantu mengikis 100 kalori sehari. Begitu juga jika tidak suka rasa pedas, cuba tambahkan kayu manis, cengkih, daun salam dan bawang putih ke menu setiap hari.

P/s : selain dari pemakanan seimbang dan exercise, pemilihan makanan seperti berikut salah satu perkara yang boleh dipraktikkan terutama bagi kita yang teringin sangat merampingkan pinggang.....

isi tuk karangan kejayaan malaysia dalam pelbagai bidang dan pengiktirafan peringkat antarabangsa!!!

Malaysia di pentas ICT dunia

MEMBICARAKAN mengenai teknologi maklumat, Malaysia boleh berbangga dengan MSC Malaysia yang diasaskan pada 1996.
Ini kerana MSC mempunyai visi membuat transformasi kepada ekonomi berasaskan pengetahuan.
Menerusi komitmen kerajaan, MSC Malaysia berfungsi memacu transformasi menerusi ICT, dan setakat ini banyak pencapaian yang dibawa ke tahap industri.
Di sebalik semua itu, Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), sebagai agensi yang bertanggungjawab terhadap MSC Malaysia boleh berbangga dengan pencapaian itu berdasarkan
Pada tahun lepas, perolehan keseluruhan syarikat-syarikat MSC Malaysia ialah RM13 bilion, manakala eksport keseluruhan sebanyak RM4 bilion.
Daripada jumlah itu, syarikat Malaysia menyumbang 70 peratus, manakala kerja nilai tinggi yang dijana ialah 64,000.
Jumlah syarikat berstatus MSC pada masa ini ialah 2,045 syarikat dengan 77 peratus adalah dalam sektor perisian dan penyelesaian.
Sektor lain termasuk multimedia kreatif 10 peratus, perkhidmatan berkongsi dan sumber luar (SSO) dengan lapan peratus dan institut pengajian tinggi serta inkubator sebanyak 8 lima peratus.
Berdasarkan jumlah syarikat mengikut negara, Malaysia mendahului dengan 1,548, India (81), Singapura (70) dan Amerika Syarikat sebanyak 57 buah.
Negara lain termasuk United Kingdom (46), Australia (39), Belanda ( 25), Jerman ( 23) Kepulauan British Virgin (21) dan Jepun sebanyak 20 syarikat.
Menurutnya CEO MDeC, Datuk Badlisham Ghazali, penyertaan syarikat MSC dalam Kongres Teknologi Maklumat Dunia (WCIT) 2008 menandakan bahawa bidang ICT negara tekah mengalami lonjakan.
Malah katanya, berdasarkan sasaran kerajaan, sebanyak 100,000 peluang pekerjaan baru dijangka dapat diwujudkan menjelang 2010.
‘‘Ini merupakan peluang terbaik syarikat tempatan memperkembangkan syarikat ke peringkat antarabangsa,’’ katanya.
Justeru pemilihan Kuala Lumpur sebagai tuan rumah sangat kena pada masanya sebagai pengiktirafan negara yang ingin bangkit membangunkan industri ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi) termasuk ICT.
Selain itu, aplikasi-aplikasi perdana MSC juga sebahagian besarnya telah dilaksanakan dan sedang dinikmati oleh rakyat negara ini seperti kad pintar, sekolah pintar, telekesihatan dan e-kerajaan.
WCIT 2008 ini juga boleh menjadi platform syarikat Malaysia meluaskan jaringan rangkaian untuk meningkatkan pasaran mereka ke peringkat global yang mana selama ini memerlukan mereka bersaing serta mengeluarkan kos.
Dua kementerian iaitu Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Kementerian Tenaga Air dan Komunikasi (KTAK) antara dua ‘jentera’ memacu industri ICT negara untuk faedah rakyat.
Ini kerana banyak pelan pembangunan berkaitan khusus dengan ICT untuk rakyat digerakkan oleh dua kementerian terbabit.
Selain MSC Malaysia, turut diwujudkan ialah Pelan Jalur Lebar Negara dengan kos yang tinggi bagi membina prasarana, ke arah merapatkan jurang digital, sistem pengurusan dalam talian dan celik IT.
Kongres kali ini tidak dapat lari daripada isu-isu bagaimana ICT mampu meningkatkan kesejahteraan hidup, apatah lagi ia dihadiri tokoh-tokoh terkemuka dunia.
Sempena dengan WCIT 2008, terdapat beberapa lagi acara ICT yang berkaitan yang dianjurkan bagi memeriahkan lagi perhimpunan bertaraf antarabangsa yang diadakan julung-julung kali ini.
Acara awal yang diadakan ialah Pengkomputeran Grid yang dianjurkan oleh Mimos Berhad pada 15 dan 16 lalu.
Persidangan berkenaan memberi penekanan inisiatif Pengkomputeran Grid Kebangsaan dan bagaimana ia menjana enterpris dan industri tempatan, teknologi pengkomputeran grid dan trend pasaran.
Antara acara berkaitan WCIT 2008 adalah:
lPakatan Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu UNutk ICT dan Pembangunan (UN-GAID).
lForum Asia E-tadbir urus Pertubuhan Telekomunikasi Dunia.
lPersidangan Keselamatan Siber Kerjasama Pelbagai Hala Menentang Keganasan Dunia (IMPACT WCSS).
lMesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa (IAP), MSC Malaysia.
lMesyuarat Agung Tahunan Gabungan Perkhidmatan dan Teknologi Maklumat Dunia (WITSA).
lMesyuarat Plenari Pertubuhan. Industri Komputer Asian-Oceania (ASOCIO).
lProgram Pakatan Strategik Cyber Development Corps (CDS).
lForum Global Mobile Monday.
lPameran Komputer Peribadi Antarabangsa 2008.

Isnin, 6 Jun 2011

istana budaya!!!



hahah.. masa je sampai istana budaya kmi semua seronok coz tempat lawatan formal terakhir kmi tuk lawatan kali.. skrg hanya tggal tempat yg tuk berjalan2 je... yay!!! haha.. msuk je istana budaya aq terpukau sangat ngan hiasan dalaman.. wahhhh menakjubkan.... kami diberi penerangan dulu sblum dibawa melawat ke pentas2 istana budya... istana budaya merupakan antara 10 pentas termoden/terbaik didunia.. hah baru aq
tau.. selama nie aq hnya ingat istana budaya tu mcm tempat2 lawatan yang lain.. rupanya tdak... ahahha....
selpas je lawatn kmi diberi masa untuk solat jamak n salin pkaian... erm saat yang paling menyeronokkan coz
xpyh pkai bju sekolah.. erm apapon best sangat kat sini... sekarang dlm perjalanan ke melaka pulak... tnggu cerita selanjutnya!!!!

bandar i-city, shah alam




erm best la juga tp agak memenatkan... aq cari satu bandar i-city tu minyak ubat tp xda satu kedai pon yang jual... arghhh kaki aq leguh sangat..  kami siap berkelah lg kat i-city tu.. mkn kcf yg kmi beli kat jalan TAR.. masa kat jalan TAR tdi aq nk ke masjid jamek n wani zai nk ikot.. kmi p la masjid jamek 4 orng jalan kaki n balik dri masjid jamek ke jalan TAR naik LRT coz dah x larat nak jalan n masa pon dah xcokop.. kmi tkot tertinggal bas coz kmi blom makan.. asyik berjalan je... mcm2 terjadi masa kmi nk naik LRT coz kmi mmg kalut sgt... haha.. last sekali kmi bungkus n buat kputusan mkan dkat bandar i-city.. apa pon nie lah saat yang paling seronok... hohoh

Rabu, 1 Jun 2011

erm xpuas ati pa???

ikot suka kmi la nk buat pa pon..xda dok guna duet mak pak ampa pon... ish geram la juga dgr cerita nie... jgn dok ingat ag tu elok sgt la... stakat dok hasut org xyah la... muka je nmpak baik.. tp hati mcm BARUA!!!